Transformasi Pengangkutan Awam
Adakah anda tahu apakah itu pengangkutan awam?
Pengangkutan awam penting kepada masyarakat sekitar dalam pelbagai segi.
Pengangkutan awam juga terbahagi kepada 3 jenis:
1. Pengangkutan awam darat.
l Seperti bas, teksi, kereta api, Monorail dan Komuter.
2. Pengangkutan awam laut.
l Seperti feri.
3. Pengangkutan awam udara.
l Seperti kapal terbang(MAS) dan Helikopter.
Transformasi Pengangkutan Awam banyak memberi manfaat dan peningkatan ekonomi melalui kemudahan awam. Pengangkutan awam juga suatu komponen yang penting kepada ekonomi. Sistem pengangkutan awam yang cekap dapat meningkatkan keupayaan dan mengurangkan kos pengangkutan. Bagi Malaysia yang sedang berkembang pesat dan akan menjadi negara yang berpendapatan tinggi.Tetapi kesan besar akan berlaku kepada persekitaran sosial serta alam sekitar tidak seharusnya dipandang remeh.
1) Pengangkutan Awam Darat.
Pengangkutan darat merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia. Sistem ini meningkat dengan berperingkat secara perlahan-lahan. Pengangkutan awam darat ini berkait rapat dengan bentuk muka bumi. Pada zaman dahulu, orang berjalan kaki untuk melaksanakan tugasan seharian mereka. Mereka akan membuat laluan untuk ke mana sahaja. Lalu mereka menamakan laluan denai ataupun jalan denai. Laluan ini turut menjadi laluan untuk pejalan kaki dan binatang-binatang. Orang dahulu menggunakan binatang sebagai alat pengangkutan mereka. Binatang ini telah dipelihara dan digunakan untuk mengangkut barang-barang. Binatang itu adalah kerbau, gajah, kuda dan lembu.
Tanah Melayu mula membangun dan mengembangkan ekonomi. Kerja-kerja membaiki jalan darat dilakukan pada tahun 1870an. Bermula dari situ jalan denai merupakan jalan terpenting. Apabila kawasan lombong bijih timah banyak dibuka, lebih banyak kenderaan diperlukan untuk mengangkut hasil bijih timah dari lombong ke stesen kereta api.
Gajah untuk mengangkut barang-barang.
Gambar di atas menunjukkan lanca ditarik oleh seorang yang gagah.
2) Pengangkutan Awam Air.
Pada zaman dahulu, petempatan orang Melayu terletak di pinggir laut atau sungai. Disebabkan manusia memerlukan air untuk bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air. Kebanyakkan bandar-bandar terawal dibina di sekitar pinggir laut dan di muara-muara sungai. Sejak dahulu lagi, jalan air merupakan jalan utama. Pengangkutan air juga merupakan pengangkutan kedua selepas pengangkutan darat. Jalan air yang popular digunakan adalah sungai. Sungai ini berperanan untuk menyambungkan kawasan hulu dan hilir.
Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan untuk kegiatan perdagangan ke kawasan lain. Salah satu pengangkutan air ciptaan manusia yang pertama rakit. Rakit juga masih digunakan pada daerah pedalaman. Seterusnya, pengangkutan air yang lebih sempurna selepas rakit adalah perahu. Perahu diperbuat daripada kayu cengal yang berasal dari hutan hujan tropika. Di negara kita terdapat beberapa jenis perahu contohnya Perahu Payang, Perahu Kolek, Perahu Gelibat , Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dongol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu, manusia mengetahui pengangkutan air merupakan pengangkutan yang mudah. Namun terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya:
I. Mengikut aliran sungai
II. Menggunakan tenaga
III. Tiupan angin
IV. Enjin
Kesimpulannya dengan menggunakan kudratnya manusia tidak berupaya bergerak pantas ataupun mengangkut barang-barang berat meliputi jarak yang jauh. Untuk mengatasi kekurangan ini, manusia telah berusaha mencipta kaedah-kaedah mekanikal hingga mereka dapat menjelajah jauh di daratan, merentasi lautan dan merentasi udara.
Perahu Payang merupakan perahu yang terbesar dan digunakan
untuk mengangkap ikan.
Perahu penambang merupakan salah satu pengangkutan air yang
sangat popular pada zaman dahulu.
3) Pengangkutan Awam Udara.
Pengangkutan udara masih terlalu awal jika dibandingkan dengan pengangkutan lain. Pengangkutan udara merupakan suatu sejarah yang cukup menarik kerana jangka masa yang amat panjang untuk dihasilkan. Pengangkutan udara adalah pengangkutan yang paling pantas. Satu pesawat kapal terbang mampu untuk membawa lebih banyak penumpang dan empat kali lebih pantas daripada kereta api. Penerbangan ini bermula daripada penggunaan belon dan kapal udara, tetapi kini kapal terbang telah menguasai ruang udara. Wright bersaudara telah menerbangkan kapal terbang yang pertama pada tahun 1903. Meskipun penerbangan itu cuma selama 12 saat di udara dan jauh 37 meter serta kelajuan kapal terbang itu sepantas larian kuda, peristiwa tersebut merupakan titik tolakbagi manusia untuk ke arah menguasai udara. Kini kapal terbang mengelilingi udara tanpa henti dengan kelajuan beberapa kali ganda daripada kelajuan bunyi.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Royal Air Foce (RAF) menyerahkan lapangan terbang Alor Setar
kepada kerajaan Malaysia. Selepas itu kapal terbang
Malaysia Airways (MSA) membuat penerbangan di lapangan
terbang Sultan Abdul Halim.
Kapal Terbang Jet Tebuan yang digunakan pada tahun 1946.
ATASI MASALAH KESESAKAN
Masalah kesesakan sering berlaku di pusat bandar kini dapat ditangani dengan beberapa kejayaan yang inisiatif diperkenalkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pengangkutan Awam Bandar telah memberikan perkhidmatan lebih baik dengan 1.6 juta penduduk di pusat bandar. Penggunaan ini juga telah mencatatkan 334,598 orang pada waktu puncak bagi tahun 2012 daripada 226,184 orang pada tahun 2010.
Bagi KL Monorail pula, ia akan diberi sokongan untuk peningkatan dua kali ganda kapasitinya melainkan sambungan kepada sistem yang dijangka siap pada tahun 2017.
PEMASANGAN CCTV
Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di laluan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Kamera Litar Tertutup(CCTV) telah dipasang di kawasan utama ini untuk memastikan kenderaan persendirian tidak menggunakan lorong khas bagi pengangkutan awam sahaja. Ia untuk membaik pulih dan memperbanyakkan perkhidmatan supaya selaras dengan pembangunan negara yang semakin pesat.
PENINGKATAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM
Kesesakan lalu lintas yang sering dialami di pusat bandar kini dapat ditangani melalui peningkatan sistem pengangkutan awam dan transformasi sturktur yang sedia ada. Melalui perubahan ini dan peningkatan terhadap sistem pengangkutan awam, pengguna juga dapat memastikan perjalanan mereka di sekitar pusat bandar ataupun Kuala Lumpur. Dengan kelebihan pengangkutan awam yang lebih mudah diakses, selesa, cekap dan selamat apabila dalam perjalanan.
Kesimpulannya:
Kita sebagai sebagai rakyat Malaysia haruslah berkejasama untuk mempertingkatkan pengangkutan awam. Ini untuk memudahkan manusia untuk kemana-mana sahaja. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberi kepada kita gunalah dengan sebaiknya .
Kita sebagai sebagai rakyat Malaysia haruslah berkejasama untuk mempertingkatkan pengangkutan awam. Ini untuk memudahkan manusia untuk kemana-mana sahaja. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberi kepada kita gunalah dengan sebaiknya .
Sekian, Terima Kasih.